Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
(dipetik dari risalah MCMC)
Radio
Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan
membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.
Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah
Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan.
Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan
undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika
Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi
dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di
Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio
komersil.
Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak
seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda
berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu
bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi
penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap
dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga
boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain
yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?
Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah
tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan
pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang
sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan
tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh
menikmati dan mempelajari hobi ini.
Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah
radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan
satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama
kosnya dengan satu komputer.
Selain dari itu, bahan-bahan
pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran
peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.
Secara
alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti
kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat
unit “Ham Radio” anda sendiri.
Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab
Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu
anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang
mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.
Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya
mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio
Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara
Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:
* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau
* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.
Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?Sijil
Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang
diadakan.
Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.
Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!
Abjad yang----------------Kod digunakan------------------Cara sebutan
A-------------------------------Alfa--------------------------AL FAH
B-------------------------------Bravo------------------------BRAH VO
C------------------------------Charlie-----------CHAR LEE atau SHAR LEE
D-------------------------------Delta-------------------------DELL TA
E-------------------------------Echo-------------------------ECK OH
F-------------------------------Foxtrot----------------------FOKS TROT
G-------------------------------Golf-------------------------GOLF
H-------------------------------Hotel------------------------HOH TEL
I--------------------------------India------------------------IN DEE AH
J-------------------------------Juliet----------------------JEW LEE ETT
K------------------------------Kilo--------------------------KEY LOH
L-------------------------------Lima------------------------LEE MAH
M-------------------------------Mike------------------------MIKE
N-----------------------------November-----------------NO VEM BER
O------------------------------Oscar------------------------OSS CAH
P------------------------------Papa-------------------------PAH PAH
Q------------------------------Quebec----------------------KEH BECK
R------------------------------Romeo-----------------------ROW ME OH
S-------------------------------Sierra----------------------SEE AIR RAH
T------------------------------Tango-----------------------TANG GO
U------------------------------Uniform------------------YOU NEE FORM
V------------------------------Viktor-----------------------VIK TAH
W-----------------------------Whiskey---------------------WISS KEY
X-----------------------------X-Ray------------------------ECKS RAY
Y-----------------------------Yangkee---------------------YANG KEY
Z-------------------------------Zulu----------------------ZOO LOO